Monday, September 19, 2011

Kitab Rujukan Fatwa 4 Mazhab

Alhamdulillah, pada kali ini saya akan berkongsi tentang kitab-kitab yang menjadi rujukan utama dalam fatwa empat madzhab (Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali).



Madzhab Hanafi: 
  • Zahir al-Riwayat
Di dalam kitab ini mengandungi kitab karya susunan Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani: Jami' al-Kabir, Jami' al-Saghir, Siyar al-Kabir, Siyar al-Saghir, Al-Mabsut, Ziyadah.
  • Al-Kaisaniyat, Al-Haruniyat, Al-Jurjaniyat, Riqiyat. Kesemuanya ini karya Muhammad al-Hasan al-Syaibani.
  • Nawazil karya al-Samarqandi, Majmu' al-Nawazil karya al-Natifi dan Waqi'at karya Sadr al-Syahid Ibn Mas'ud.

Madzhab Maliki: 
  • Al-Mudawwanah
Pendapat Malik di dalam kitab al-Mudawwanah lebih utama berbanding Ibn al-Qasim. Pendapat Ibn al-Qasim di dalam kitab al-Mudawwanah lebih utama berbanding pendapat orang lain. Pendapat orang lain di dalam kitab al-Mudawwanah lebih utama berbanding pendapat Ibn al-Qasim di dalam kitab yang lain kerana kitab al-Mudawwanah memuatkan pendapat yang sah (sahih dan muktamad).

Madzhab Syafi'i: 
  • Minhaj al-Tholibin. 
  • Tuhfatul Muhtaj.
  • Nihayatul Muhtaj.
  • Mughni al-Muhtaj.

Madzhab Hanbali:
  • Al-Mughni.
  • Syarh al-Kabir.
  • Kasyf al-Qina'.
  • Syarh al-Muntaha al-Iradat.
  • Syarh al-Zad.
  • Syarh al-Dalil.
Menurut temanku yang bermadzhab Hanbali, sebenarnya tidak diketahui manakah kitab Hanbali yang muktamad. Ini kerana kebanyakan para ulama dalam madzhab Hanbali banyak berbeza pendapat.

Apa pun, sekiranya mahu rujuk fatwa di dalam madzhab Hanbali, boleh merujuk kepada kitab-kitab yang telah disebutkan.

Oleh itu, sekiranya kita ingin mencari pendapat yang muktamad bagi keempat-empat madzhab tersebut, maka janganlah diabaikan kitab-kitab rujukan yang utama ini. 

Sekian  Wassalam.

Sumber:
1. Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu. Dr. Wahbah Al-Zuhaili.
2. http://www.ilmgate.org/ibn-abidins-division-of-hanafi-legal-rulings/
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Maliki
4. http://www.shafiifiqh.com/?p=195

No comments:

Post a Comment